semua rasa yang dihimpit ini pahit bukan?
memberontak inginkan ketenangan,
kiri dan kanan,
tiada ruang untuk dicoretkan,
terpenjara dihujung penjuru kocakan.
kosong, bukan seperti tin yang disangka,
bukan juga seperti bulat dikira,
kosong, sama seperti hati yang mati,
sama juga seperti jiwa yang pergi.
buka, buka, bukakanlah
sama seperti terbukanya mata
menatap indahnya cahaya,
yang selama ini tertutup,
gelap gelita diuji rasa.
aku berdoa. kuatkan dan percepatkan.
Thursday, 29 August 2013
Saturday, 30 March 2013
Berhantu!
Sini dah berhantu,
Akulah yang malas mengerutu,
Sembang naif tak menentu.
Idea ini ade je datang bertalu-talu,
mintak aku tules dalam kotak berlampu,
kesian! aku asyik buat tak tahu,
sampai masa die pergi tanpe bagitahu,
aku tahu die berbulu,
apakan daya tersingkap salah aku!
Rupanya takde entri dalam tahun baru,
yang ade pun basi dah berbau,
Tapi jangan risau, aku masih aku,
hati tak keras batu, muke sengih kerang tak laku,
cuba nasib badan tak laku-laku,
nak cari barang standard pavi, tapi diri sendiri level-level jalan tunku.
Takpe esok luse boleh try lagi.
Doakan aku kanan, kiri. segenap inci.
Akulah yang malas mengerutu,
Sembang naif tak menentu.
Idea ini ade je datang bertalu-talu,
mintak aku tules dalam kotak berlampu,
kesian! aku asyik buat tak tahu,
sampai masa die pergi tanpe bagitahu,
aku tahu die berbulu,
apakan daya tersingkap salah aku!
Rupanya takde entri dalam tahun baru,
yang ade pun basi dah berbau,
Tapi jangan risau, aku masih aku,
hati tak keras batu, muke sengih kerang tak laku,
cuba nasib badan tak laku-laku,
nak cari barang standard pavi, tapi diri sendiri level-level jalan tunku.
Takpe esok luse boleh try lagi.
Doakan aku kanan, kiri. segenap inci.
Saturday, 3 November 2012
"UJIAN"
sisa-sisa yang berbaki untuk penghujung semester.
masih dihujani kelebatan deraian ujian yang kuat.
tapi aku masih kontang. sudah muak untuk cuak.
walau hakikat muncul jua gemuruh 'anak' tanpa disuruh.
Tapi hidup perlu COOL.
apa yang lebih merumitkan fikir. tentang adik-adik.
SPM. titik noktah untuk menyambung kepada ayat seterusnya.
adakah bermula dengan baik, biasa atau sedikit calar duka.
atau lebih kejam tiada aksara terlintas bayang.
aku masih gemuruh kerana SPM. bukan ujian tapi nasib dan ketentuan.
namun, percaya rezeki ada dimana-mana.
kepercayaan aku masih sangsi untuk aku lepaskan.
walau kadang aku bukanlah diperlukan.
namun selagi mampu, aku cuba usahakan.
mencari soalan spot, tips dan segala apa yang boleh.
sebab aku percaya, mereka juga gelisah dan perlukan rasa COOL.
terus kuatkan diri dan Mohon pada ALLAH.
terus kuatkan diri dan Mohon pada ALLAH.
BE COOL Bro's, Sis's..
selamat berjuang adik kembar-aie&amie-
SMK Kerambit
pra-U SMKTI, Batu Pahat
SMKA Sultan Muhammad
SMA Padang Tengku
dan semua yang saya kira
adik sedaging saya.
ALLAH bersama kalian. terus pecaya!
PERMATA dah mula tunjuk muka.
lebih lama dari silam.
aku pun belum beridea.
perlu siapkan resume. bajet nak dapat elaun lagi tinggi.
nak sara anak bini. nak bina masjid sendiri.hehe
Malam bintang, bulan. Positif dan Negatif.
Thursday, 1 November 2012
"Gelap Menyusut, Cerah Menyusul"
Memerah keringat aliran dendrite serta memasak jalinan
neuron mengsinteksis tinta para sarjana merupakan suatu aplikasi yang lelah
takala tiba musim ujian dunia. Pekara yang saban kali muncul waktunya membuat aku
merasa kebah dan timbul riak-riak resah serta gelisah dalam meniti hari-hari
yang penuh dengan detik-detik yang menyesakan hingga sampai satu masa seperti
sudah mahu menyerah, malas mahu ambil kira untung nasib hari muka. Cukup meneka
nasib atas kertas periksa sambil memikirkan pekara-pekara yang bakal dihadapi
dengan gembira. Namun, itu hanya satu pelarian dalam fantasi, realitinya aku
kekal resah dengan ujian yang menyiksa kuat atas batu jemala geliga.
Tuhan banyak memberi aku nikmat yang sudah tentu tidak dapat
disukat dengan kecangihan kalkulus mahupun geometri aplikasi gajet teknologi.
Namun, aku yang masih berlari-lari dalam dimensi menghambakan diri. Terkadang sedar
terkadang kandas dalam hanyutan dunia nafsi-nafsi. Sungguh aku malu pada lautan
kasih-sayangMu ya Rabbi.
Cuti bakal menampakan diri, dan aku tidak pernah rasa
sebegini. tidak terdetik menginginkan
nikmat yang namanya cuti. Entah kenapa, mereka-mereka sudah jauh dari sisi. Entahkan
ingat, entahkan peduli nasib mahaen macam aku. Duduk termanggu dikaki lampu,
menunggu secebis kiriman rindu dalam wangian sekuntum lavender. Jujur aku katakan,
aku rindu mahu bersama mereka. Meniup rasa aku ini manusia, dengan rasa bagai
adanya lagi kuasa cinta dan sayang yang disemai dalam segumpal darah merah
yang berdenyut mengalirkan hemoglobin ke seluruh pelusuk daerah sel bagi menggerakan
jiwa yang masih mencari-cari mana halatuju ingin di daki.
Aku masih tercari-cari ruang-ruang kondisi terpilih untuk
dilemparkan hati. Namun, masih adakah lagi? Tinggi rendah cinta hamba,
Menggunung lagi KasihNya. Naik turun rindu punjanga, Melangit lagi nikmatNya. Sentiasa
Positif dan Optimis terhadap janjiNya. InsyAllah hikmah itu tersedia untuk
mereka yang percaya.
Menikmati sisa-sisa aksara di papan kekunci, aku sandarkan
doa buat insan-insan yang amat aku rindui lagi kasihi. Sesungguhnya benar,
kasih dan sayang itu milik Dia, dari Dia ia datang, Dari dia ia kembali.
Pelihara dan jagalah dengan penuh berjiwa. Doa sekudus hati hamba hina ini buat
kalian, tambah adik-adik saya yang bakal menempuh ujian dunia, SPM. Moga Allah
sentiasa bersama.
Pagi makin menyusur cerah, gelap makin menyusut hiba. Aku
perlukan rehat. Mata semakin penat. Selamat Malam dan Pagi. Doa panjang-panjang
moga dijaga hati dan islam yang diberi free. Moga kita tidak tergolong dalam
kancah mereka yang rugi dan ianya memanglah tersangat rugi. Malam~
Thursday, 7 June 2012
"Kata-kata"
1. Mahu atau tidak ? satu persoalan yang bagi aku sudah cukup besar untuk dibolos dinding pemisah itu.
2. Aku rindu, sangat rindu, terlalu rindu.
3. Tapi dari fikir benda yang menyebab kita terasa guris kesakitan, lebih baik meletakan impian dalam igauan dan fikiran. sekurang-kurangnya kita sudah mula membina denai baru untuk langkah seterusnya.
4. Aku rase aku dah nekad, nak fokus dengan matlamat hidup aku dulu baru berpasang-pasangan. tapi biasalah fitrah dan makna sebuah cemburu.
5.Kata orang perjalanan hidup ini panjang,jadi tidak perlu berjalan laju.
Kata orang perjuangan jiwa dan rasa ini perit,maka tidak perlu berjerih-perih.
Kata orang buat apa hendak berumah di tepi pantai,kalau tidak mahu dilanggar ombak?
Kata orang mengapa mahu berakit-rakit ke hulu,sedangkan sudah ada bot laju?
Kata orang hidup ini singkat,mengapa mahu berlelah penat?
Kata orang perjuangan jiwa dan rasa ini perit,maka tidak perlu berjerih-perih.
Kata orang buat apa hendak berumah di tepi pantai,kalau tidak mahu dilanggar ombak?
Kata orang mengapa mahu berakit-rakit ke hulu,sedangkan sudah ada bot laju?
Kata orang hidup ini singkat,mengapa mahu berlelah penat?
6. Banyak orang yang suka berkata-kata.
7. Tapi hakikatnye, kita juga yang kene lakukan semua itu. bukan orang-orang yang berkata-kata.
8.Semoga kau berjaya, kuat, menjaga diri dengan baik. HE was everything. Kita bukan sorang-sorang.
9. Aku nk pergi Mekah, Saudi Arabia. nak doa panjang-panjang depan ka'bah.Saturday, 2 June 2012
"BELIA dan KPOP"
1. Penuh post dlm fb dan tweet bercerita mengenai Himpunan Jutaan Belia. Side kerajaan menayangkan bukti orang muda menyokong kerajaan. Yang pembangkang mencari dimana cacat cela untuk dijadikan sasaran walaupun asalnya berniat untuk menegur tapi kebanyakkan dilihat bermotif politik.
2. Aku tidak menyokong mana-mana parti walau terlibat dalam Himpunan Guru Muda sempena HBN. Salah satu bahagian yang diselitkan dalam Segmen Modal Insan.
3. Isu artis KPOP menjadi satu titik tumpu besar dalam Himpunan Jutaan Belia kali ini. Persoalan bagaimana KPOP dapat membentuk remaja.? Belanja dan kos yang tinggi untuk membayar mereka dan aksi yang sungguh mengairahkan dipertonton oleh mereka si KPOP.
4. Konsert KPOP aku tidak dapat lihat secara bertentang, cuma lihat melalui gambar-gambar yang di upload di fb. namun isu KPOP bukan hanya memberi impak yang kecil apabila Menteri KBS sendiri mengeluarkan press statement memohon maaf.
5. Persoalan utama yang aku lihat bukan lah isu KPOP. tetapi apa matlamat utama Himpunan Jutaan Belia ini? apa yang aku dengar daripada ucapan PM semasa perasmian adalah untuk melahirkan Belia yang boleh berekspresi dan kreatif tetapi tetap menjadikan ia bahan petunjuk politik.
6. Jadi, adakah semua segmen (program) mencapai sasaran untuk menjadikan remaja hari ini kreatif dan diberi ruang berekspresi? mampu memandu belia hari esok menjadi lebih baik daripada ini?
7. Jika dapat menjadikan hari esok lebih baik hari ini, mari kita buat perhintungan, selepas tamat HBN ini, masalah sosial remaja semakin menurun. lebih banyak inovasi dan eksperimental yang dilakukan belia Malaysia. dan yang lebih penting, lebih banyak tenaga Belia mampu memimpin negara.
8. Belia dan hiburan itu satu lagi pekara. seperti semut diberikan gula-gula. berlari-lari semut mengurungi gula-gula yang manis. mungkin inilah ruang ekspresi yang digambarkan dalam HBN tapi budaya hedonisme ini perlu diletakan limitasi. Jika kita sumbat makanan lagi dan lagi walupun sudah kenyang akhirnya ia akan keluar semula menjadi muntah. dan akhirnya menyebabkan kita sakit.SAKIT.
9. Secara jujur, belia Malaysia hari ini perlu dimanifestasi dengan acuan yang betul. bukan bermakna HBN itu tidak wajar. Wajar tetapi perlu diberi penambahbaikan. lebihkan kearah pembangunan belia itu sendiri yang lebih luas berbanding seni dan hiburan. berbanding nyanyian dan sorakan.
10. Bagus jika Menteri KBS berjanji akan kaji semula dan baiki cuma biar semua pihak terlibat. sebab belia juga bukan bahan mainan politik. ini soal masa depan MALAYSIA itu sendiri.Jika mahu lihat masa hadapan sesebuah negara lihat lah Belia pada hari ini!
11. Semoga tugas guru seperti aku akan lebih ringgan bila masalah sosial remaja dapat ditangani dengan baik baru boleh cakap Hari Esok Lebih Baik daripada Hari Ini!
12. Mata, akal dan kaki ini menjadi bahan untuk aku simpan sebagai pekara yang perlu dilakukan masa hadapan. Semoga bakal anak-anak murid aku mampu menjadi Belia yang Hebat!
Subscribe to:
Posts (Atom)