Sunday 5 January 2014

Hambatan Angka

Tahun masihi yang berlari menukar angkanya, dari turutan yang tertib mengikut hisabnya, bermula bukan dari nombor satu tetapi dari digit sifar dan berakhir dengan angka sembilan.

Namun, permainan nombor ini sering dihadam dengan istilah peningkatan, dari seluruh aspek tatabahasa kehidupan. dan dari erti kehadapan, kita diajar untuk memasangkan impian untuk dilansaikan sepanjang durasi sang bumi berjaya mengorbit matahari.

Tetapi, impian-impian yang digantung setinggi nilai hati itu, selalunya akan mengalami kitaran yang tidak sudah. amalan kitar semula yang berjaya ditanam dibenak minda. sejujurnya, kita tidak perlukan angka-angka itu berlari menghambat kita. Apa yang kita benar-benar perlu ialah diri kita sendiri untuk berinjak walau seinci. Ya! DIRI KITA SENDIRI.

Dari melakar aksara ke sana ke mari, dari bermimpi tidak sudah-sudah. Sedarlah, impian itu masih tidak berubah. dan kita tetap kalah dengan permainan angka.

Jadi, bangun dan mulakan langkah. Jangan beri alasan mahu tapi payah, mana mahu cari punca mula. soalnya ialah apa tindakan kita? berapa kali tangan dan kaki mengorak langkah dari bermimpi tak sudah-sudah dan berbicara tak bernoktah.

Aku Perlukan AKU, dan AKU perlukan ALLAH serta REDHA ibu bapa. Moga Tahun Masihi ini aku jalani dengan satu perasaan iaitu KEBAHAGIAN.

No comments:

Post a Comment