Saturday 3 November 2012

"UJIAN"

sisa-sisa yang berbaki untuk penghujung semester.
masih dihujani kelebatan deraian ujian yang kuat.
tapi aku masih kontang. sudah muak untuk cuak.
walau hakikat muncul jua gemuruh 'anak' tanpa disuruh.
Tapi hidup perlu COOL.
apa yang lebih merumitkan fikir. tentang adik-adik.
SPM.  titik noktah untuk menyambung kepada ayat seterusnya.
adakah bermula dengan baik, biasa atau sedikit calar duka.
atau lebih kejam tiada aksara terlintas bayang.
aku masih gemuruh kerana SPM. bukan ujian tapi nasib dan ketentuan.
namun, percaya rezeki ada dimana-mana.

kepercayaan aku masih sangsi untuk aku lepaskan.
walau kadang aku bukanlah diperlukan.
namun selagi mampu, aku cuba usahakan.
mencari soalan spot, tips dan segala apa yang boleh.
sebab aku percaya, mereka juga gelisah dan perlukan rasa COOL.
terus kuatkan diri dan Mohon pada ALLAH.

BE COOL Bro's, Sis's..
selamat berjuang adik kembar-aie&amie-
SMK Kerambit
pra-U SMKTI, Batu Pahat
SMKA Sultan Muhammad
SMA Padang Tengku
dan semua yang saya kira
adik sedaging saya.
ALLAH bersama kalian. terus pecaya!

PERMATA dah mula tunjuk muka.
lebih lama dari silam.
aku pun belum beridea.
perlu siapkan resume. bajet nak dapat elaun lagi tinggi.
nak sara anak bini. nak bina masjid sendiri.hehe

Malam bintang, bulan. Positif dan Negatif.

Thursday 1 November 2012

"Gelap Menyusut, Cerah Menyusul"

Memerah keringat aliran dendrite serta memasak jalinan neuron mengsinteksis tinta para sarjana merupakan suatu aplikasi yang lelah takala tiba musim ujian dunia. Pekara yang saban kali muncul waktunya membuat aku merasa kebah dan timbul riak-riak resah serta gelisah dalam meniti hari-hari yang penuh dengan detik-detik yang menyesakan hingga sampai satu masa seperti sudah mahu menyerah, malas mahu ambil kira untung nasib hari muka. Cukup meneka nasib atas kertas periksa sambil memikirkan pekara-pekara yang bakal dihadapi dengan gembira. Namun, itu hanya satu pelarian dalam fantasi, realitinya aku kekal resah dengan ujian yang menyiksa kuat atas batu jemala geliga. 

Tuhan banyak memberi aku nikmat yang sudah tentu tidak dapat disukat dengan kecangihan kalkulus mahupun geometri aplikasi gajet teknologi. Namun, aku yang masih berlari-lari dalam dimensi menghambakan diri. Terkadang sedar terkadang kandas dalam hanyutan dunia nafsi-nafsi. Sungguh aku malu pada lautan kasih-sayangMu ya Rabbi. 

Cuti bakal menampakan diri, dan aku tidak pernah rasa sebegini.  tidak terdetik menginginkan nikmat yang namanya cuti. Entah kenapa, mereka-mereka sudah jauh dari sisi. Entahkan ingat, entahkan peduli nasib mahaen macam aku. Duduk termanggu dikaki lampu, menunggu secebis kiriman rindu dalam wangian sekuntum lavender. Jujur aku katakan, aku rindu mahu bersama mereka. Meniup rasa aku ini manusia, dengan rasa bagai adanya lagi kuasa cinta dan sayang yang disemai dalam segumpal darah merah yang berdenyut mengalirkan hemoglobin ke seluruh pelusuk daerah sel bagi menggerakan jiwa yang masih mencari-cari mana halatuju ingin di daki.

Aku masih tercari-cari ruang-ruang kondisi terpilih untuk dilemparkan hati. Namun, masih adakah lagi? Tinggi rendah cinta hamba, Menggunung lagi KasihNya. Naik turun rindu punjanga, Melangit lagi nikmatNya. Sentiasa Positif dan Optimis terhadap janjiNya. InsyAllah hikmah itu tersedia untuk mereka yang percaya.

Menikmati sisa-sisa aksara di papan kekunci, aku sandarkan doa buat insan-insan yang amat aku rindui lagi kasihi. Sesungguhnya benar, kasih dan sayang itu milik Dia, dari Dia ia datang, Dari dia ia kembali. Pelihara dan jagalah dengan penuh berjiwa. Doa sekudus hati hamba hina ini buat kalian, tambah adik-adik saya yang bakal menempuh ujian dunia, SPM. Moga Allah sentiasa bersama.  

Pagi makin menyusur cerah, gelap makin menyusut hiba. Aku perlukan rehat. Mata semakin penat. Selamat Malam dan Pagi. Doa panjang-panjang moga dijaga hati dan islam yang diberi free. Moga kita tidak tergolong dalam kancah mereka yang rugi dan ianya memanglah tersangat rugi. Malam~