Saturday 3 November 2012

"UJIAN"

sisa-sisa yang berbaki untuk penghujung semester.
masih dihujani kelebatan deraian ujian yang kuat.
tapi aku masih kontang. sudah muak untuk cuak.
walau hakikat muncul jua gemuruh 'anak' tanpa disuruh.
Tapi hidup perlu COOL.
apa yang lebih merumitkan fikir. tentang adik-adik.
SPM.  titik noktah untuk menyambung kepada ayat seterusnya.
adakah bermula dengan baik, biasa atau sedikit calar duka.
atau lebih kejam tiada aksara terlintas bayang.
aku masih gemuruh kerana SPM. bukan ujian tapi nasib dan ketentuan.
namun, percaya rezeki ada dimana-mana.

kepercayaan aku masih sangsi untuk aku lepaskan.
walau kadang aku bukanlah diperlukan.
namun selagi mampu, aku cuba usahakan.
mencari soalan spot, tips dan segala apa yang boleh.
sebab aku percaya, mereka juga gelisah dan perlukan rasa COOL.
terus kuatkan diri dan Mohon pada ALLAH.

BE COOL Bro's, Sis's..
selamat berjuang adik kembar-aie&amie-
SMK Kerambit
pra-U SMKTI, Batu Pahat
SMKA Sultan Muhammad
SMA Padang Tengku
dan semua yang saya kira
adik sedaging saya.
ALLAH bersama kalian. terus pecaya!

PERMATA dah mula tunjuk muka.
lebih lama dari silam.
aku pun belum beridea.
perlu siapkan resume. bajet nak dapat elaun lagi tinggi.
nak sara anak bini. nak bina masjid sendiri.hehe

Malam bintang, bulan. Positif dan Negatif.

Thursday 1 November 2012

"Gelap Menyusut, Cerah Menyusul"

Memerah keringat aliran dendrite serta memasak jalinan neuron mengsinteksis tinta para sarjana merupakan suatu aplikasi yang lelah takala tiba musim ujian dunia. Pekara yang saban kali muncul waktunya membuat aku merasa kebah dan timbul riak-riak resah serta gelisah dalam meniti hari-hari yang penuh dengan detik-detik yang menyesakan hingga sampai satu masa seperti sudah mahu menyerah, malas mahu ambil kira untung nasib hari muka. Cukup meneka nasib atas kertas periksa sambil memikirkan pekara-pekara yang bakal dihadapi dengan gembira. Namun, itu hanya satu pelarian dalam fantasi, realitinya aku kekal resah dengan ujian yang menyiksa kuat atas batu jemala geliga. 

Tuhan banyak memberi aku nikmat yang sudah tentu tidak dapat disukat dengan kecangihan kalkulus mahupun geometri aplikasi gajet teknologi. Namun, aku yang masih berlari-lari dalam dimensi menghambakan diri. Terkadang sedar terkadang kandas dalam hanyutan dunia nafsi-nafsi. Sungguh aku malu pada lautan kasih-sayangMu ya Rabbi. 

Cuti bakal menampakan diri, dan aku tidak pernah rasa sebegini.  tidak terdetik menginginkan nikmat yang namanya cuti. Entah kenapa, mereka-mereka sudah jauh dari sisi. Entahkan ingat, entahkan peduli nasib mahaen macam aku. Duduk termanggu dikaki lampu, menunggu secebis kiriman rindu dalam wangian sekuntum lavender. Jujur aku katakan, aku rindu mahu bersama mereka. Meniup rasa aku ini manusia, dengan rasa bagai adanya lagi kuasa cinta dan sayang yang disemai dalam segumpal darah merah yang berdenyut mengalirkan hemoglobin ke seluruh pelusuk daerah sel bagi menggerakan jiwa yang masih mencari-cari mana halatuju ingin di daki.

Aku masih tercari-cari ruang-ruang kondisi terpilih untuk dilemparkan hati. Namun, masih adakah lagi? Tinggi rendah cinta hamba, Menggunung lagi KasihNya. Naik turun rindu punjanga, Melangit lagi nikmatNya. Sentiasa Positif dan Optimis terhadap janjiNya. InsyAllah hikmah itu tersedia untuk mereka yang percaya.

Menikmati sisa-sisa aksara di papan kekunci, aku sandarkan doa buat insan-insan yang amat aku rindui lagi kasihi. Sesungguhnya benar, kasih dan sayang itu milik Dia, dari Dia ia datang, Dari dia ia kembali. Pelihara dan jagalah dengan penuh berjiwa. Doa sekudus hati hamba hina ini buat kalian, tambah adik-adik saya yang bakal menempuh ujian dunia, SPM. Moga Allah sentiasa bersama.  

Pagi makin menyusur cerah, gelap makin menyusut hiba. Aku perlukan rehat. Mata semakin penat. Selamat Malam dan Pagi. Doa panjang-panjang moga dijaga hati dan islam yang diberi free. Moga kita tidak tergolong dalam kancah mereka yang rugi dan ianya memanglah tersangat rugi. Malam~

Thursday 7 June 2012

Ost Seindah Sakura Harapan free mp3 downloads

Ost Seindah Sakura Harapan free mp3 downloads

"Kata-kata"

1. Mahu atau tidak ? satu persoalan yang bagi aku sudah cukup besar untuk dibolos dinding pemisah itu.
2. Aku rindu, sangat rindu, terlalu rindu.
3. Tapi dari fikir benda yang menyebab kita terasa guris kesakitan, lebih baik meletakan impian dalam igauan dan fikiran. sekurang-kurangnya kita sudah mula membina denai baru untuk langkah seterusnya.
4. Aku rase aku dah nekad, nak fokus dengan matlamat hidup aku dulu baru berpasang-pasangan. tapi biasalah fitrah dan makna sebuah cemburu.
5.Kata orang perjalanan hidup ini panjang,jadi tidak perlu berjalan laju.
Kata orang perjuangan jiwa dan rasa ini perit,maka tidak perlu berjerih-perih. 
Kata orang buat apa hendak berumah di tepi pantai,kalau tidak mahu dilanggar ombak?
Kata orang mengapa mahu berakit-rakit ke hulu,sedangkan sudah ada bot laju?
Kata orang hidup ini singkat,mengapa mahu berlelah penat?
6. Banyak orang yang suka berkata-kata. 
7. Tapi hakikatnye, kita juga yang kene lakukan semua itu. bukan orang-orang yang berkata-kata. 
8.Semoga kau berjaya, kuat, menjaga diri dengan baik. HE was everything. Kita bukan sorang-sorang.
9. Aku nk pergi Mekah, Saudi Arabia. nak doa panjang-panjang depan ka'bah.

Saturday 2 June 2012

"BELIA dan KPOP"

 1. Penuh post dlm fb dan tweet bercerita mengenai Himpunan Jutaan Belia. Side kerajaan menayangkan bukti orang muda menyokong kerajaan. Yang pembangkang mencari dimana cacat cela untuk dijadikan sasaran walaupun asalnya berniat untuk menegur tapi kebanyakkan dilihat bermotif politik.

2. Aku tidak menyokong mana-mana parti walau terlibat dalam Himpunan Guru Muda sempena HBN. Salah satu bahagian yang diselitkan dalam Segmen Modal Insan.

3. Isu artis KPOP menjadi satu titik tumpu besar dalam Himpunan Jutaan Belia kali ini. Persoalan bagaimana KPOP dapat membentuk remaja.? Belanja dan kos yang tinggi untuk membayar mereka dan aksi yang sungguh mengairahkan dipertonton oleh mereka si KPOP.

4. Konsert KPOP aku tidak dapat lihat secara bertentang, cuma lihat melalui gambar-gambar yang di upload di fb. namun isu KPOP bukan hanya memberi impak yang kecil apabila Menteri KBS sendiri mengeluarkan press statement memohon maaf.

5. Persoalan utama yang aku lihat bukan lah isu KPOP. tetapi apa matlamat utama Himpunan Jutaan Belia ini? apa yang aku dengar daripada ucapan PM semasa perasmian adalah untuk melahirkan Belia yang boleh berekspresi dan kreatif tetapi tetap menjadikan ia bahan petunjuk politik.

6. Jadi, adakah semua segmen (program) mencapai sasaran untuk menjadikan remaja hari ini kreatif dan diberi ruang berekspresi? mampu memandu belia hari esok menjadi lebih baik daripada ini?

7. Jika dapat menjadikan hari esok lebih baik hari ini, mari kita buat perhintungan, selepas tamat HBN ini, masalah sosial remaja semakin menurun. lebih banyak inovasi dan eksperimental yang dilakukan belia Malaysia. dan yang lebih penting, lebih banyak tenaga Belia mampu memimpin negara.

8. Belia dan hiburan itu satu lagi pekara. seperti semut diberikan gula-gula. berlari-lari semut mengurungi gula-gula yang manis. mungkin inilah ruang ekspresi yang digambarkan dalam HBN tapi budaya hedonisme ini perlu diletakan limitasi. Jika kita sumbat makanan lagi dan lagi walupun sudah kenyang akhirnya ia akan keluar semula menjadi muntah. dan akhirnya menyebabkan kita sakit.SAKIT.

9. Secara jujur, belia Malaysia hari ini perlu dimanifestasi dengan acuan yang betul. bukan bermakna HBN itu tidak wajar. Wajar tetapi perlu diberi penambahbaikan. lebihkan kearah pembangunan belia itu sendiri yang lebih luas berbanding seni dan hiburan. berbanding nyanyian dan sorakan.

10. Bagus jika Menteri KBS berjanji akan kaji semula dan baiki cuma biar semua pihak terlibat. sebab belia juga bukan bahan mainan politik. ini soal masa depan MALAYSIA itu sendiri.Jika mahu lihat masa hadapan sesebuah negara lihat lah Belia pada hari ini!

11. Semoga tugas guru seperti aku akan lebih ringgan bila masalah sosial remaja dapat ditangani dengan baik baru boleh cakap Hari Esok Lebih Baik daripada Hari Ini!

12. Mata, akal dan kaki ini menjadi bahan untuk aku simpan sebagai pekara yang perlu dilakukan masa hadapan. Semoga bakal anak-anak murid aku mampu menjadi Belia yang Hebat!

 




Friday 18 May 2012

"Sembang Gua"


Malam jumaat macam ni, gua nak sembang ala brader. Haha. Dengan penat tercungap dan lapar tahap kronik sangat empuk kalau gua dapat layan char kueh tiaw kerang. Ape betul gua mengeje ni? lantak la. Harap cikgu bahasa tak sound panjang.haha. Niat tu memang tinggi tapi apakan daya untuk memecah hegemoni kapitalis gua gagahkan juga duduk bersidai atas kerusi dalam bilik menyendiri. Sebenarnye, gua bukan ape, memang dah macam terputus urat tulang belakang. Mahunye tidak,berdiri main badminton dari jam 2 smpi jam 7malam. Memang kecut peluh jantan gua dirembes berskala kencang tapi semacam pekena ganja, even  gua tak pernah sentuh sehelai urat ganja, gian main badminton hari ni lain macam luar biasa.

Tengah layan syok mengusha beberape blogger,ea bukan tapi blog yang awesome. atau bersiar-siar di alam maya. Gua teringat blog gua sekor ni. Apa khabar agaknye? Lame bebenau gua lepas jari menaip. Ini kalau boleh ni, mahu dia naik mahkamah mintak nafkah. Gua bukan takde bende nak menulis, bukan main ghairah lagi gua nak simpan dalam kepale otak nak cerite apa yg gua hadap dan rasa dalam blog ni. Tapi gua memang lemah lutut kalau berhadapan dengan cik malas. Die goda gua sampai habis kulit kaki. Sumpah tak boleh kalih kekanan mahupun kiri. Kantoi habis. 

Gua tengah hadap paper final sem ni. Bende ni dari dulu smpi kini dan selamanya gua anti. Tak kisah la, ujian apa. Ujian memandu  ke, uji kaji ke. Memang gua ade sikit rasis bab-bab uji menguji ni.  Memang cuba mengsintaksiskan jala jemala gua dengan membaca kadar litar F1.  Yang hadam haram. Kene gak ulang dengan kadar kelajuan kampus. Baru boleh telan kulit, tang isi memang kontang berklorida. Sem ni masih sem yang sarat dengan content. Dan lagi menyebakan gua, mahu dua peyper major boleh buat gua guling-guling shah rukhan nak menjawab. Ade tu hari gua memang try habis prepared (padahal memang last minute) nak berakad nikah dgn cik kimia bertenaga. Malam tu mahu sasau gua dibuatnye. Gelabah tak memasal pasal gua nak tampil sehensem habis propose die dekat dalam dewan besar. Tapi tujam juga die reject. Mahu keluar peluh jantan. (ok ini direject kertas exam. Belum ade sejarah gua kene reject.hahaha). Tengah-tengah layan jiwa yang berkeramuk tu, gua pun fikir agak2 klu aku minta course muzik kompem dah macam air aku hadap exam ni. Sumpah 30 saat gua buat berangan.

Dan sebelum masuk minggu azab ni, memang ada study week. So ape berlaku mase tu? Gua dan budak-budak bacth gua handle KOT. Gua kene handle bab Majlis Penutup. Hal ini gua sembang lain ye. Mahu tiga page blog gua nak tulis nanti. Nak je la. Ok sebab gua kene sound disuruh tido awal dan study esok. Gua bla dulu.

“Sebelum tido, tepuk-tepuk bantal kat sebelah bisik nak mimpi indah-indah. “

Monday 23 April 2012

"Hati ini kemana lagi?"

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie

Monday 9 January 2012

"Jiwa tak Memasal"


Aku bukan mahu menulis.
Tapi entah aku macam mahu meluah.
Gelisah dan resah bermaharajalela.
Tidak tahu punca apa.
Mahu awal semester,
Aku sudah nampak batu kesibukan dan tembok halangan.
Perlukan sedikit perancangan. Aku bukan wira. Mahu hambat semua.
Tadi ada berita, buat aku rasa sesal. Duit sudah ada.
Cuma bagaimana keadaan mereka. Tolonglah jadi dewasa!
Tidak banyak pekara aku baru usahakan.
Dan azam pun belum lagi terjalan.
Dan lagi pintaan rakan, mengacara lagi.
Jujur, bukan aku  tidak sudi, biar tunas baru mewarnai.
Orang lain pun jadi mual, asyik muka ini menempel di atas pentas.
Tahun ini entah apa yang aku inginkan. Sudah aku macam tiada nakhoda.
Tuhan, pimpin hati, renjis berkat, semai tenang, ikat kuat,  
Jiwa aku masih meronta gusar tidak memasal.

Sunday 8 January 2012

"itu kata rindu, ini rasa pilu"


Menunggu di perhentian itu,

Ku toleh kekanan,
Ku perhatikan resah,
Ku kalih kekiri,
Ku pendamkan gelisah.

Mata masa seakan kalah ,
Mata hati seakan lelah,
Yang pasrah terus menyerah,
Yang terserah kekal gundah.

Ku punya mata,
untuk ku tangiskan,
Ku punya hati,
untuk ku rasakan.

Cinta Manusia Sukar Setia,
Cinta Pencipta Tiada Tara ,
dan sesungguhnya aku,
bagi kau cuma persinggahan,

Aku masih di sini,
menunggu di perhentian.

Kuala Lipis
8 Januari 2012

Monday 2 January 2012

"Belum Puas Bermanja Dengan MELAKA"

Kanan dan kiri, salam buat saudaraku yang mulia, sehabis solawat atas Junjungan Mulia. Menutup alir muka, atas mata dosa hina. Syukur, kiblat itu tetap tertuju pada DIA yang SATU.

Tahun masihi telah berinjak. Dan hari ini memasuki angka dua dalam bulan pertama. Seperti biasa, semester baru bermula, dan jujur aku rasa masih belum puas bermanja dengan Melaka. Gila! Lagi dua tahun harus aku pertaruhkan jiwa ini. Fuh! Mendengus kuat hela nafas. Gaya bagai mahu masuk sekolah Juvana. Tapi sapa aku untuk mengutus rasa benci atas tempat medan ilmu dan budi ini? Sememangnya tidak layak!. tapi entah mengapa, perasaan tidak  senang ligat mengetuk-ngetuk emosi, tidak henti-henti mengutus rasa sangsi melalui aliran dendrite dan axon. Seakan norma lumrah setiap kali menempuh semester baru.

Atas bawah, mencari mana punca, mahu aku angkat sebagai mula kerja, membawa jasad dan jiwa untuk pulang ke sana. Gerabak itu telah mula bergerak dari stesen 2011 meluncur laju tanpa sedar sudah memasuki stesen awal 2012. Oh! Aku seperti masih bermimpi semalam. Tidak! Aku harus letak diri sebagai lelaki bermatlamat.  Jangan hilang arah. Kau bukan layang-layang terbang tidak tentu arah. Kau perlu menjadi peluru tepat meluru ke sasaran. Itulah sebenarnya tentang kehidupan, bukan saja tahu pandai mencipta impian, tapi perlu tahu bagaimana untuk membina kenyataan. Lagi sayang, kau bukan sorang, apa guna adanya kawan, mereka itukan boleh dibuat teman walau bermacam ragam, kau tidak keseorangan!

"hidup umpama layang-layang, terbang mengikut badai awan, bila hilang punca, putus tidak terdaya"



Sudah, itu takdir, Kau perlu kesana, jangan banyak bicara, nanti lebih banyak pula kata tanya dan persoalan yang bermain diminda. Ee.sudah. Najwa Latif sudah masuk sama,aku sudah jauh melarat. Ayuh bingkas!
"peluru punya sasaran, walau tidak semestinya tepat tapi sudah punya arah mahu diluncurkan."

buat rakan satu frasa aku cedokan :
 "Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus