Monday 7 November 2011

"174"


Akta 174 : Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 seperti mana yang digariskan oleh Undang-undang Malaysia.
Gerun bukan? Inilah yang sering menjadi momokan pelajar institusi pelajaran. Akta yang mana digunapakai bukan setakat di Institut Pendidikan Guru, malah di semua Politeknik, Matrikulasi dan UiTM. Lihat!, akta ini digubal di parlimen untuk mahasiswa-mahasiswa dan yang pasti bukan budak-budak sekolah.

Aku pasti ramai yang benci apatah lagi bohsan mendegar. Cuma apa yang aku sedikit kesali pekara penting ini yang menjadi asas kepada pentadbiran institusi pendidikan tidak dihebahkan dan difahami dengan baik. Aku akui, aku tidak akan faham apa itu akta 174 yang sering digembar-gemburkan oleh semua orang jika aku sendiri tidak melakukan usaha menyelongkar akta ini. Tiada satu pun usaha untuk memberi kefahaman yang baik kepada seluruh warga kampus. Yang ada Cuma taklimat berbentuk kencaman. Sewajarnya ianya diberi penerangan dan panduan. Supaya semua jelas dan faham hak dan tanggungjawab mereka. Dan yang paling pasti, jika ingin dibiarkan berusaha menelaah sendiri, pasti peratusan 0.05 itu belum mampu dicapai. Bahkan buku PKK yang nipis itu satu semester ingin dihadam itupun terpaksa, inikan bahan yang berbahasa undang-undang yang sangat complicated serta mengadungi enam bahagian, tiga jadual, 26 seksyen. Ah! angan dan sedar lah jawabnya. 

Apa yang berlaku wujud banyak pertikaian dan permasalah yang timbul.Ya. Ramai yang membenci apatah lagi ingin menentang. Namun, tidaklah sehebat dan sekuat menentang AUKU. cukuplah sekadar mengetus sesama sendiri dan menulis di status laman-laman sosial. tidak seghairah mahasiswa IPTA, turun naik mahkamah, berhimpun dan berforum secara ilmiah dan terbuka. terbaru kes yang dimenangi mahasiswa UKM dalam isu AUKU.itupun mereka masih merasa belum cukup gah. lain cerita di institusi pelajaran. bagi mereka biarlah bakal pendidik dengan gaya mereka. Mungkin itu ideologi pembentukan guru sekarang. ketidak puasan hati pemberontakkan hanya secara interpersonal bukan. Sekarang yang lebih aku hairankan. Sukar untuk aku mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai perubahan akta ini tahun lepas. Ya. Akta 174 atau jika tak silap aku akta 1375 pindaan 2010.

Aku bukan ingin menyatakan bahawa peraturan ini tidak wajar. Bukan! Masakan pergerakan lalu lintas itu lancar jika tiada undang-undang? Manakan aman Negara ini tanpa undang-undang. Dan tidakkan terbina Istana Kehakiman di hadapan Perbadanan Putrajaya yang sangat gah jika Malaysia tidak Berperlembagaan. Islam juga mewujudkan syariat dan hukum. Sebagai panduan dan garis batasan untuk jutaan umat islam walaupun ada yang menolak. Namun, undang-undang ini dan batasan ini perlu dicerap dengan baik oleh semua lapisan yang berada di dalam institusi itu. Masakan ketam mampu mengajar anak nya berjalan lurus. Manakan mampu menegakan tulang rusuk yang hakiki bengkok.

Sebenarnya banyak persoalan ingin aku kupas dan analisikan. Tapi biarlah dilain waktu. Cuma pesanan supaya semua orang yang ada di institusi ini memahami apa yang ingin disampaikan. Dan harap supaya ada cara yang lebih mudah untuk diterjemah bahasa undang-undang ini kepada bahasa biasa supaya ramai lebih faham akan tatacara pelaksanaan yang dihamparkan.mungkin seperti satu buka nota ringkas, atau lebih menarik secara ilustrasi..YA! itu Hak dan Tanggungjawab kita semua.

Principles and rules are intended to provide a thinking man with a frame of reference. So thinks wisely if you are intending for breaking any rules. Be a MAN with principle!

"Nilai Korban"


Tiada amal anak Adam yang lebih disukaiAllah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Hari Raya I’dul Adha tahun ni aku sambut sederhana. Seperti tahun-tahun sudah. Cuma waktu dan rakaman peristiwa yang berbeza-beza. Bertukar mengikut iklim dan suasana. Dan yang pasti ada yang membawa makna kali ini. Bukan pergi bersama putaran waktu atau mungkin hadaman hidangan pagi raya tadi. Hadaman tersebut juga memberi manfaat kepada aku. Manusia saja yang rugi dan sentiasa dalam kerugian.

Sedikit ingin aku kongsikan. Ya. Bila ditanya, apa itu I’dul Adha. Pasti ada yang menjawab bagi memperingati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim. Betul. Aku tidak menidakkan. Cuma Ia memberi maksud yang lebih mendalam dan lebih meluas dalam banyak konteks dan persoalan.

Aku ingin mulakan cerita dengan keadaan malam sebelum malam raya. Sungguh Indah. Hampir saja air mata aku linangkan. Mimpi yang sangat aku dambakan. Bermimpi bersama-sama emak dan abah yang sangat aku kasihi di Tanah Suci. Mungkin itu sebagai motivasi diri. Allah memberi petunjuk melalui apa saja. Insya Allah, Emak, Abah. aku akan kesana bersama kalian jika dipanjangkan umur.

Dan juga air mata ini hampir dilinangkan sekali lagi. Aku menahan lagi. Simpan kemas jauh di sudut hati. Saban tahun, tika hampir menjelang aidil adha, bermacam ujian aku terima. Aku lalui. Ya. Luluh hati itu aku rasakan. Ingin aku peluk erat emak. Emak. Abah jangan lah macam ni! Aku sayang, sangat sayang kalian. Lebih. Lebih. Lebih Walau aku tahu tak mampu untuk tunjukkan dan sangat takut jika tak kesempatan. Ya. Pengalaman dan saat manis beraya bersama. Berkumpul sekeluarga buat aku bersyukur dan cuba pulihkan ikatan kekeluargaan ini. Terletak di sudut hati, aku sangat sayang keluarga ini. Tiada yang lebih baik selain berteduh di bumbung kasih abah dan emak. Maafkan aku jika ada yang terlanjur.

Dan saat ini, aku menzahirkan di barisan abjad di computer riba. Dan di saat yang lepas aku sesali. Takut dengan berlaku di sekeliling ini. Ya. Aku sangat Takut! Allah bantu aku. Mungkin silapnya pada aku. Atau mungkin kifarah dosa yang menggunung. Ya, Allah pimpinlah hati ini.

p/s :cukup dari hati yang setiap kali muncul nya idul adha, turut sama terkorban.

Wednesday 2 November 2011

"Mana Lemak?"

I think I’m very thin for my frame, age, and height but how can I gain weight?
Ya. aku mahu GEMUK. tak perlu banyak. sikit pun cukup untuk aku rase lebih yakin.
Bukan.! bukan aku tak sayang badan sekarang. aku tak pernah peduli pon dulu.
Ya. aku  tak ambil pusing dulu orang cakap aku kecik. peduli ape. aku boleh buat ape orang lain buat. Normal Ape.
tapi..
Ya. aku rase sudah seperti terima hidayah untuk aku ada sedikit lemak. paling tacing  terase bile membe-membe dan mahu-mahu lagi awek-awek Puan Emak sembang aku makin kurus. OH!
Dunia sekarang agak dengki. merata-rata sebut pasal kuruskan berat badan. lepak-lepak mentedarah pon mahu cover-cover. takut gemuk mungkin. produk HERBALIFE laku macam tako-tao (wah!). nak-nak dikalangan perempuan. lelaki pon boleh tahan. mudah cakap, kalau jual produk kesihatan, sumpah laku. untung!.

aku pon plan nak buat WTP (Weight Transformation Programme).

start dengan ubat ginseng HAZIQ. (nama ubat tak tahu baca. dia tulis kaligrafi cina).
Affordable sangat. RM25 saje. berkesan? setakat ni baru dua kali aku telan masuk dalam mulut. sebab??
entah. macam tak boleh 'ngam' atau clik dengan kondisi perut aku. Pertama kali makan, gile malas sangat nak gerak. sangat-sangat malas. ( memang side effect die). kedua, aku muntah teruk dekat terengganu. memang sakit. sebab aku dah niat nak telan dengan semangat waja makanan-makanan seafood dekat Terengganu yang sememangnya banyak hidupan laut atas darat. tapi
satu beg plastik. eh! bukan lebih. aku keluarkan balik.hahaha.

sekarang!
aku tunggu cuti. aku nak hadap makanan dekat rumah betul-betul. Ya! aku nak cube naik sampai 60. sekurang-kurang nanti bakal awek isteri aku rase selamat bile nak jalan dengan aku. supplement tambahan aku usahakan. tapi bab-bab nak konsisten dengan jadual ambil ubat. aku memang fail. maybe perlukan isteri orang untuk tolong ingatkan aku untuk makan ubat.hahaha. nak kawen oii anak Mak Yah ni,.
Guys are supposed to be strong, muscular and confident, not skinny and weak.
:"bukan tak terima diri sendiri. Just the way like what I'am. Alhamdulilah. dan atas nikmat ini aku nak lebih SIHAT dan gain more WEIGHT!"

Tuesday 1 November 2011

| 01.11.2011 |"Nasrullah Fahry".

Sekali lagi. "Nasrullah Fahry" yang baru.  
Berdoa' dan berharap ini tidak berbuah dua kali. 
Tarikh yang sedikit kemas untuk memulakan langkah. 

~Ahlan Wasa'lan~.

Semoga membawa kepada pemikiran berbeza. 
ini ruang nafas kondisi terpilih.
semoga ALLAH menjaga iman,hati dan segala yang hadir. 

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, Cinta-Ku mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku...”                                                   (Hadith Qudsi)


Ini Ta'aruf. bukan pertama atau terakhir.cuma ditengah.
mata semakin kuyu, esok mengharapkan sebaik dan seindah biru awan.