Mata memandang liar di sekitar gerabak sesak Komuter.
Memerhati penumpang yang terkapai-kapai bernafas di ruang sesak. Jelik di depan mata dengan
sekumpulan remaja melayu, bangsa layu sarat dengan stigma cacamarba. Tanpa ada
rasa malu atau hilang maruah menonton video seks melalui telefon bimbit dengan
keadaan terbuka. Entah mana rasa berdosa dan bersalah. Kau bukan saja bawa imej
bangsa tapi yang lebih utama Agama! dan dalam soal bicara masalah sosial remaja.
Pasti tidak aku menyalahkan mereka semata. Sapa tahu belakang cerita. Semoga
Allah memberi hidayah pada anda semua!
Sampai di stesen UKM, aku gegas ke Kolej Keris Mas. Maka
titik mula sebagai Pembantu Perubatan tergalas untuk dipikul selama 3 minggu
lebih. Bermula 20 November – 13 Disember 2011. Sedikit teruja dan gusar kerana
bertugas atas landasan perubatan bagi aku seorang mahasiswa pendidikan.
Bersyukur kerana Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Pahang memberi kami
peluang. Ya. Bukan aku seorang, tapi ada 3 lagi rakan dari Afzan turut serta.
Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU-CTY 2011
yang beroperasi
di Kolej Keris Mas sebagai tempat penginapan. Manakala bagi pembelajaran di tempatkan
di Kompleks Permata Pintar dan Pusat Pengiswazahan.
Macam-macam keadaan yang aku timba. Hampir saja sampai satu
masa, aku rasa seperti sudah hilang punca. Manakan tidak, bekerja bagai tiada
rehat. Kerja memeriksa peserta yang memerlukan rawatan, memberi ubat, memeriksa
suhu dan tekanan darah, naik ambulance yang sudah seperti kereta lumba,
dan macam-macam lagi cerita. Namun, itulah asam garam. Melihat senyuman peserta dan rakan-rakan lama
dan baru bersua. Hilang segala rasa resah, penat yang bermaharajalela. Ini buat
aku ingin nukilkan sedikit kata, terima kasih buat rakan-rakan pengurusan, Residential
Assistant yang sporting, Instructor, Teaching Assistant yang baik hati, Mak Cik
Kafeteria (sangat-sangat baik melayan karenah aku), Abang Ambulance, BSMM Keris
Mas, Pak Ayob, Staf di Kompleks Permata, Instructor PERMATA yang sudah sudi memberi
aku ruang meja di bilik mereka, Ustaz Asyaraf yang kamceng tiba-tiba, DR Arif
selaku Ketua bagi perkhemahan ini, Prof Dr Noriah dan Dr Melor (pengarah dan
timbalan pengarah PERMATApintar),adik-adik peserta PERMATA yang sememangnya
terbaik dan tidak lupa buat DR Linda,pegawai perubatan atau mudah kata bos aku.
Dari kacamata, program ini memang berguna. Untuk anak-anak
atau mungkin lebih betul adik-adik yang dianugerahkan tuhan dengan bakat luar
biasa. Cuma ada beberapa pandangan aku, bahawa program ini mungkin tidak dapat
diturut serta bagi pelajar luar bandar yang tiada talian internet atau yang
bukan buta IT tapi tidak sampai publisiti. Jika mereka ini diletakan sama seperti yang
lain, mungkin akan wujud rasa bosan dan hilang punca. Pemikiran mereka jauh
lebih ketara berbanding kita yang tua. Ini anugerah kehidupan. Cuma apa yang
aku pesan, hidup bukan dengan sijil pelajaran, masa depan dan takdir tuhan
tentukan. tak kira bagaimana kita berjalan, Jangan takbur di bumi Tuhan. Good
Luck In your Future Undertaking!
Setiap mula ada akhirnya. Serius aku sangat hargai dan tak
salah jika ini merupakan perkhemahan terbaik aku alami. Mungkin juga sebab
kerja bergaji tapi ada yang lebih utama. Melihat setiap pada
mereka. Aku juga bercita untuk jadi manusia luar biasa. Mungkin dengan cara
berbeza. Apa pun kata dan bicara, rasa dan jiwa juga yang lebih mengerti. Aku pulang
dengan siraman air hujan sama seperti deraian hati untuk sebuah perkataan iaitu
SELAMAT TINGGAL.aku rasa perasaan untuk menjadi seorang bapa semakin berkembang dan cinta aku kepada kanak-kanak semakin kuat. Sumpah! separuh jiwaku tertinggal di PPCS 2011! Lain masa aku
tampilkan sedikit gambar.
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun memori yang tercipta hasil pertemuan itu adalah harta yang tidak ternilai"