Saturday, 31 December 2011

“Di penghujung stesen 2011 : Separuh jiwa yang tertingal”


Mata memandang liar di sekitar gerabak sesak Komuter. Memerhati penumpang yang terkapai-kapai bernafas di ruang sesak. Jelik di depan mata dengan sekumpulan remaja melayu, bangsa layu sarat dengan stigma cacamarba. Tanpa ada rasa malu atau hilang maruah menonton video seks melalui telefon bimbit dengan keadaan terbuka. Entah mana rasa berdosa dan bersalah. Kau bukan saja bawa imej bangsa tapi yang lebih utama Agama! dan dalam soal bicara masalah sosial remaja. Pasti tidak aku menyalahkan mereka semata. Sapa tahu belakang cerita. Semoga Allah memberi hidayah pada anda semua!

Sampai di stesen UKM, aku gegas ke Kolej Keris Mas. Maka titik mula sebagai Pembantu Perubatan tergalas untuk dipikul selama 3 minggu lebih. Bermula 20 November – 13 Disember 2011. Sedikit teruja dan gusar kerana bertugas atas landasan perubatan bagi aku seorang mahasiswa pendidikan. Bersyukur kerana Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Pahang memberi kami peluang. Ya. Bukan aku seorang, tapi ada 3 lagi rakan dari Afzan turut serta. 
Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU-CTY 2011 
yang beroperasi di Kolej Keris Mas sebagai tempat penginapan. Manakala bagi pembelajaran di tempatkan di Kompleks Permata Pintar dan Pusat Pengiswazahan.

Macam-macam keadaan yang aku timba. Hampir saja sampai satu masa, aku rasa seperti sudah hilang punca. Manakan tidak, bekerja bagai tiada rehat. Kerja memeriksa peserta yang memerlukan rawatan, memberi ubat, memeriksa suhu dan tekanan darah, naik ambulance yang sudah seperti kereta lumba, dan macam-macam lagi cerita.  Namun, itulah asam garam. Melihat senyuman peserta dan rakan-rakan lama dan baru bersua. Hilang segala rasa resah, penat yang bermaharajalela. Ini buat aku ingin nukilkan sedikit kata, terima kasih buat rakan-rakan pengurusan, Residential Assistant yang sporting, Instructor, Teaching Assistant yang baik hati, Mak Cik Kafeteria (sangat-sangat baik melayan karenah aku), Abang Ambulance, BSMM Keris Mas, Pak Ayob, Staf di Kompleks Permata, Instructor PERMATA yang sudah sudi memberi aku ruang meja di bilik mereka, Ustaz Asyaraf yang kamceng tiba-tiba, DR Arif selaku Ketua bagi perkhemahan ini, Prof Dr Noriah dan Dr Melor (pengarah dan timbalan pengarah PERMATApintar),adik-adik peserta PERMATA yang sememangnya terbaik dan tidak lupa buat DR Linda,pegawai perubatan atau mudah kata bos aku.
  
Dari kacamata, program ini memang berguna. Untuk anak-anak atau mungkin lebih betul adik-adik yang dianugerahkan tuhan dengan bakat luar biasa. Cuma ada beberapa pandangan aku, bahawa program ini mungkin tidak dapat diturut serta bagi pelajar luar bandar yang tiada talian internet atau yang bukan buta IT tapi tidak sampai publisiti.  Jika mereka ini diletakan sama seperti yang lain, mungkin akan wujud rasa bosan dan hilang punca. Pemikiran mereka jauh lebih ketara berbanding kita yang tua. Ini anugerah kehidupan. Cuma apa yang aku pesan, hidup bukan dengan sijil pelajaran, masa depan dan takdir tuhan tentukan. tak kira bagaimana kita berjalan, Jangan takbur di bumi Tuhan. Good Luck In your Future Undertaking!

Setiap mula ada akhirnya. Serius aku sangat hargai dan tak salah jika ini merupakan perkhemahan terbaik aku alami. Mungkin juga sebab kerja bergaji tapi ada yang lebih utama. Melihat setiap pada mereka. Aku juga bercita untuk jadi manusia luar biasa. Mungkin dengan cara berbeza. Apa pun kata dan bicara, rasa dan jiwa juga yang lebih mengerti. Aku pulang dengan siraman air hujan sama seperti deraian hati untuk sebuah perkataan iaitu SELAMAT TINGGAL.aku rasa perasaan untuk menjadi seorang bapa semakin berkembang dan cinta aku kepada kanak-kanak semakin kuat. Sumpah! separuh jiwaku tertinggal di PPCS 2011! Lain masa aku tampilkan sedikit gambar.  

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun memori yang tercipta hasil pertemuan itu adalah harta yang tidak ternilai"

No comments:

Post a Comment