( mula di tulis seawal 20 Nov 2011)
Sudah lama tidak mencoret. Walau sudah bertekad untuk
tingkat kualiti penulisan, Namun gagal akibat tidak cekal. Dalam mudah kata, MALAS. tidak perlu mencari
dalih jika jalan tidak betul bertatih. Aku akui. Akhirnya, pasang usaha untuk sedikit
beranjak. Ingin sedikit kongsi cerita tentang rasa dipenghujung stesen 2011.
Sedia maklum, sebelum cuti dibekalkan, rutin pelajar perlu diuji dengan
sedikit helaian kertas. Gigih meneka nasib, membaham semua nota kuliah bagi
menyelamatkan rasa gelisah atau serba salah di hadapan meja periksa. Dan kali
ini, aku merasa sangat teruja bila mukabuku datang menjadi medan ilmu. Ya! Aku rasa
caranya bagai pucuk dicipta, ulam mendatang. renformasi dalam bibit belajar minit-minit terakhir yang sudah lumrah.
Dalam bebanan
periksa memaut kuat di atas akal, ada beberapa pekara aku perlu lunaskan. tak
perlu panjang bicara. Belum sempat merencana cuti, aku diberi pilihan untuk
memenuhkan intisari percutian:
1)Pertandingan
Forum IPG Kebangsaan (IPG IPOH)
2)Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar 2011 (UKM, Bangi)
3)Perkhemahan Belia 4B Negeri Pahang ( Berakit di sungai Pahang)
4)Perkhemahan
Rakan Muda Negeri Melaka
5)
Pekhemahan Sukarelawan BSMM di Thailand
Akhirnya,
semangat dan impian menghadiri Perkhemahan Sukarelawan di Thailand tertanguh
kerana banjir menguji mereka. Tidak mengapa! Sama nasib dengan Perkhemahan
Belia 4B Pahang, aku tolak ketepi atas tanggungjawab diberi mengetuai deligasi
Forum di hujung taqwim semester nanti.
Belum dicampur dengan beberapa agenda peribadi. Mengimpi
ingin membuat sekali lagi siri ‘kembara ikut kaki’ ke utara semenanjung seperti
sebelum ini di Negeri Johor Darul Takzim. Aku masih ke utara, namun bukan atas tiket
kembara tetapi menaruh usaha dan cita di pentas Pertandingan Forum Piala Dato’
Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir di IPG Kampus IPOH. Dengan slogan ‘Perak Aman Jaya’ aku dan
empat orang lagi diberi Tuhan untuk menduduki gelaran Naib Juara, tumpas di
tangan mereka yang cukup bergaya, IPG Kampus Gaya.
“Cinta Akan Bahasa, Lahir
Jiwa Bangsa.”
Aku jatuh cinta lagi dengan dia, bahasa
bangsa. Syukur pada Tuhan. Kejayaan itu lebih tinggi nilai dari harga sebuah
hadiah. tetapi apa yang lebih utama semoga apa yang dibicara dan dikata menjadi
medan dakwah untuk perpaduan ummah dan kemakmuran Negara dan Agama.
Selesai plot
‘perjuangan’ kaki ini meluru pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Cuma timbul
kekesalan hari ini 20 Nov 2011 ialah hari jadi Emak.: Pn Robiah bte HJ Dol.
Selamat
Ulang Tahun Kelahiran Emak!
dan apa lagi ingin bicara, aku hanya punya seorang Emak untuk menumpang
kasih, hidup, dan rasa. biar sempat aku membuat emak rasa bangga dan menembus
kesilapan lama. Apa yang aku tahu 1234:
1 way 2 say 3 word 4 you : I LOVE YOU!
Maaf tidak
bersama meraikan hari tambah usia. Moga kasih emak ke syurga dan bahagia dunia akhirat. Sajak untuk ibu, nanti ya! Mungkin sedikit
berbahasa sebab aku sudah kata, aku sudah jatuh cinta!
No comments:
Post a Comment