Memerah keringat aliran dendrite serta memasak jalinan
neuron mengsinteksis tinta para sarjana merupakan suatu aplikasi yang lelah
takala tiba musim ujian dunia. Pekara yang saban kali muncul waktunya membuat aku
merasa kebah dan timbul riak-riak resah serta gelisah dalam meniti hari-hari
yang penuh dengan detik-detik yang menyesakan hingga sampai satu masa seperti
sudah mahu menyerah, malas mahu ambil kira untung nasib hari muka. Cukup meneka
nasib atas kertas periksa sambil memikirkan pekara-pekara yang bakal dihadapi
dengan gembira. Namun, itu hanya satu pelarian dalam fantasi, realitinya aku
kekal resah dengan ujian yang menyiksa kuat atas batu jemala geliga.
Tuhan banyak memberi aku nikmat yang sudah tentu tidak dapat
disukat dengan kecangihan kalkulus mahupun geometri aplikasi gajet teknologi.
Namun, aku yang masih berlari-lari dalam dimensi menghambakan diri. Terkadang sedar
terkadang kandas dalam hanyutan dunia nafsi-nafsi. Sungguh aku malu pada lautan
kasih-sayangMu ya Rabbi.
Cuti bakal menampakan diri, dan aku tidak pernah rasa
sebegini. tidak terdetik menginginkan
nikmat yang namanya cuti. Entah kenapa, mereka-mereka sudah jauh dari sisi. Entahkan
ingat, entahkan peduli nasib mahaen macam aku. Duduk termanggu dikaki lampu,
menunggu secebis kiriman rindu dalam wangian sekuntum lavender. Jujur aku katakan,
aku rindu mahu bersama mereka. Meniup rasa aku ini manusia, dengan rasa bagai
adanya lagi kuasa cinta dan sayang yang disemai dalam segumpal darah merah
yang berdenyut mengalirkan hemoglobin ke seluruh pelusuk daerah sel bagi menggerakan
jiwa yang masih mencari-cari mana halatuju ingin di daki.
Aku masih tercari-cari ruang-ruang kondisi terpilih untuk
dilemparkan hati. Namun, masih adakah lagi? Tinggi rendah cinta hamba,
Menggunung lagi KasihNya. Naik turun rindu punjanga, Melangit lagi nikmatNya. Sentiasa
Positif dan Optimis terhadap janjiNya. InsyAllah hikmah itu tersedia untuk
mereka yang percaya.
Menikmati sisa-sisa aksara di papan kekunci, aku sandarkan
doa buat insan-insan yang amat aku rindui lagi kasihi. Sesungguhnya benar,
kasih dan sayang itu milik Dia, dari Dia ia datang, Dari dia ia kembali.
Pelihara dan jagalah dengan penuh berjiwa. Doa sekudus hati hamba hina ini buat
kalian, tambah adik-adik saya yang bakal menempuh ujian dunia, SPM. Moga Allah
sentiasa bersama.
Pagi makin menyusur cerah, gelap makin menyusut hiba. Aku
perlukan rehat. Mata semakin penat. Selamat Malam dan Pagi. Doa panjang-panjang
moga dijaga hati dan islam yang diberi free. Moga kita tidak tergolong dalam
kancah mereka yang rugi dan ianya memanglah tersangat rugi. Malam~
No comments:
Post a Comment