Sunday 5 January 2014

Aku. Dia. Mereka.

Menanti senja. Mencuri malam.                                           
 Menyapa pagi. Meredah siang.                       
Tapi tetap tak bisa melupakan pelangi apatah lagi sang hujan.





Tuhan, 
dalam menyusur terusan kehidupan,
yang berkocak dengan ujian,
tidak putus kupuhon secebis kebahagian,

Tuhan,
setiap hari kau temukan,
hati-hati yang menguntum bunga keindahan,
mengajar hidup ini indah Kau ciptakan,

Sayang itu tumbuh penuh pengertian.


Tuhan,
sayang itu bukan satu madah,
kerana jernihnya sayang umpama air,
sejuk bila disentuh,
dingin bila menyelimuti diri.

Tuhan,
bila tersulam rasa sayang,
hati yang rawan sentiasa dalam kerinduan,
sentiasa mendambakan,
sentiasa menginginkan,
mereka sentiasa ada dalam baris masa depan,

Tuhan,
Ujian perpisahan,
rasa yang sukar untuk diterjemah,
sakit membengkak dari bekas merah,
menitis air mata tertumpah,
Tiada lagi gurauan dan kata mereka,
tiada lagi senyuman dan jeritan buat aku bahagia,
tiada lagi mereka di hadapan mata,
yang mengajar aku bahawa masih subur erti bahagia.

Tuhan,
Jagakan Mereka,
limpahkan sejahtera sebagaimana cintaMu yang mulia,
lindungi hati mereka dari kedukaan,
aku hanya bisa mendoakan,
dari hati penuh kerinduan,
kerana satu rasa mulia,
AKU SAYANG MEREKA

- crystal polymer 2013-





ingat ayat abang ni : Aku kan abang! sampai mati korang aku sayang!"

No comments:

Post a Comment