Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie
Monday, 23 April 2012
Monday, 9 January 2012
"Jiwa tak Memasal"
Aku bukan mahu menulis.
Tapi entah aku macam mahu meluah.
Gelisah dan resah bermaharajalela.
Tidak tahu punca apa.
Mahu awal semester,
Aku sudah nampak batu kesibukan dan tembok halangan.
Perlukan sedikit perancangan. Aku bukan wira. Mahu hambat semua.
Tadi ada berita, buat aku rasa sesal. Duit sudah ada.
Cuma bagaimana keadaan mereka. Tolonglah jadi dewasa!
Tidak banyak pekara aku baru usahakan.
Dan azam pun belum lagi terjalan.
Dan lagi pintaan rakan, mengacara lagi.
Jujur, bukan aku tidak sudi, biar tunas baru mewarnai.
Orang lain pun jadi mual, asyik muka ini menempel di atas pentas.
Tahun ini entah apa yang aku inginkan. Sudah aku macam tiada nakhoda.
Tuhan, pimpin hati, renjis berkat, semai tenang, ikat kuat,
Jiwa aku masih meronta gusar tidak memasal.
Sunday, 8 January 2012
"itu kata rindu, ini rasa pilu"
Menunggu di perhentian itu,
Ku toleh kekanan,
Ku perhatikan resah,
Ku kalih kekiri,
Ku pendamkan gelisah.
Mata masa seakan kalah ,
Mata hati seakan lelah,
Yang pasrah terus menyerah,
Yang terserah kekal gundah.
Ku punya mata,
untuk ku tangiskan,
Ku punya hati,
untuk ku rasakan.
Cinta Manusia Sukar Setia,
Cinta Pencipta Tiada Tara ,
dan sesungguhnya aku,
bagi kau cuma persinggahan,
Aku masih di sini,
menunggu di perhentian.
Kuala Lipis
8 Januari 2012
Monday, 2 January 2012
"Belum Puas Bermanja Dengan MELAKA"
Kanan dan kiri, salam buat saudaraku
yang mulia, sehabis solawat atas Junjungan Mulia. Menutup alir muka, atas mata dosa
hina. Syukur, kiblat itu tetap tertuju pada DIA yang SATU.
Tahun masihi telah berinjak. Dan hari
ini memasuki angka dua dalam bulan pertama. Seperti biasa, semester baru
bermula, dan jujur aku rasa masih belum puas bermanja dengan Melaka. Gila! Lagi
dua tahun harus aku pertaruhkan jiwa ini. Fuh! Mendengus kuat hela nafas. Gaya bagai
mahu masuk sekolah Juvana. Tapi sapa aku untuk mengutus rasa benci atas tempat
medan ilmu dan budi ini? Sememangnya tidak layak!. tapi entah mengapa, perasaan
tidak senang ligat mengetuk-ngetuk emosi,
tidak henti-henti mengutus rasa sangsi melalui aliran dendrite dan axon. Seakan
norma lumrah setiap kali menempuh semester baru.
Atas bawah, mencari mana punca, mahu
aku angkat sebagai mula kerja, membawa jasad dan jiwa untuk pulang ke sana. Gerabak
itu telah mula bergerak dari stesen 2011 meluncur laju tanpa sedar sudah
memasuki stesen awal 2012. Oh! Aku seperti masih bermimpi semalam. Tidak! Aku harus
letak diri sebagai lelaki bermatlamat. Jangan
hilang arah. Kau bukan layang-layang terbang tidak tentu arah. Kau perlu
menjadi peluru tepat meluru ke sasaran. Itulah sebenarnya tentang kehidupan,
bukan saja tahu pandai mencipta impian, tapi perlu tahu bagaimana untuk membina
kenyataan. Lagi sayang, kau bukan sorang, apa guna adanya kawan, mereka itukan
boleh dibuat teman walau bermacam ragam, kau tidak keseorangan!
| "hidup umpama layang-layang, terbang mengikut badai awan, bila hilang punca, putus tidak terdaya" |
Sudah, itu takdir, Kau perlu kesana,
jangan banyak bicara, nanti lebih banyak pula kata tanya dan persoalan yang
bermain diminda. Ee.sudah. Najwa Latif sudah masuk sama,aku sudah jauh melarat. Ayuh
bingkas!
| "peluru punya sasaran, walau tidak semestinya tepat tapi sudah punya arah mahu diluncurkan." |
buat rakan satu frasa aku cedokan :
"Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus
"Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus
Subscribe to:
Posts (Atom)